Antara first touch gambar guna DSLR Nixon3000.
Baru nak berjinak-jinak guna DSLR.
Model anak sendiri ;p
Kategori
- Hotel (1)
- Ikan Bakar (1)
- Lembah Klang (1)
- Makan (2)
- Nasi Ayam (1)
- Terbaik (2)
Bilangan Pengunjung (since 2 Jan 2010)
belajar guna DSLR
Sunday, March 7, 2010Posted by cardozas02 at 6:38 PM 0 comments
MyMesra Petronas Card
Tuesday, January 5, 2010Sesapa yang gunakan PETRONAS sebagai petrol rasmi better apply Kad Mesra. Kad ni FREE je dan yang bestnya dia boleh collect points dan points tu boleh redeem petrol.
Setiap 1 liter petrol yang kita spent kita akan dapat 1 points.
Kalau spent RM1 kat kedai Mesra = 1 points.
Kalau redeem petrol lak 1 points = 1 sen.
Cara nak redeem refer bawah ni:-
Nak redeem barang, ikut arahan kat bawah:-

Senang je.
Semalam aku dah redeem points aku dalam 6500 points, so dapatla isi petrol free RM65.
Points aku banyak sebab tak pernah redeem sebelum ni, ditambah lak points transfer dari real rewards. (sebelum ni Real Rewards ngan Petronas ada buat joint cards)
Detail mengenai kad ni boleh refer website rasmi Mesra Kad kat sini.
Posted by cardozas02 at 10:11 PM 0 comments
Selesa Beach Resort - Port Dickson
Sunday, January 3, 2010Aku stay kat hotel ni somewhere on bulan June 2009. Aku gunakan cuti.com.my untuk tempah hotel ni. Lokasi hotel ni boleh lah dikatakan senang nak jumpa sebab just tepi jalan. Masa aku stay kat hotel ni, kalau tak silap ada satu organisasi buat "family day" kat situ. So tempat ni jadi a bit pack.
Bagi aku harga hotel ni mahal berbanding dengan kualiti perkhidmatan dan keselesaan bilik. Bilik dan dekorasi hotel memang nampak lama. Kualiti perkhidmatan staff hotel pun tak bagus sangat. Channel TV pun tak berapa bagus. Yang paling teruk ialah extra bed. Tilam untuk "extra bed" hanyalah sekeping tilam yang aku rasakan kontraktor rumah kongsi pun tak sanggup guna. Nipis giler...... memang hampeh. Rasanya harga extra bed ni lagi mahal dari harga tilam. So, aku advise sesapa nak stay kat sini, better jangan request "extra bed". AKu pun tak sanggup nak tdo atas "papan sekeping" tu.
Overall kepuasaan hotel ni hanyalah sederhana (3 bintang drpd 5)
Detail bolehlah rujuk website hotel di sini
Posted by cardozas02 at 7:39 PM 0 comments
Labels: Hotel
Ikan Bakar - Bagan Lalang, Selangor
Saturday, January 2, 2010Salah satu lokasi terbaik untuk makan ikan bakar yang berhampiran dengan Lembah Klang.
Kawasan ni ada beberapa lagi gerai ikan bakar, tapi yang terbaik ialah HM Sri Bagan. Ianya terletak dihujung jalan. Aku paling suka sotong dan udang goreng tepung. Tepung yang digunakan memang lain dari biasa, crispy. Ikan bakar pun menarik gak. Dia punya pencicah memang best.
Tempat ni kalau weekend memang full house. Better buat reservation dulu kalau korang datang dalam group yang besar, bukan apa takut kecewa saja sebab tak dapat tempat. No telefon boleh tengok kat pict bawah ni. Kalau nak stay kat sini pun ada gak beberapa chalet yang harganya memang berpatutan.
Lokasi boleh refer kat bawah:-
View cardozas map in a larger map
Posted by cardozas02 at 10:29 PM 0 comments
Labels: Ikan Bakar, Makan, Terbaik
Nasi Ayam Hainan - Taman Melawati KL
Gerai ni merupakan antara gerai Nasi Ayam terbaik yang pernah aku makan. Tauke kedai ni ialah Cina Kelantan, dan memang still pekat dialek kelantan :) Dah hampir 5 tahun aku makan kat kedai ni so far masih lagi merupakan antara Nasi Ayam faveret kami sekeluarga. Tak dinafikan tastenya ada kureng skit compare ngan previous year, tapi still yang terbaik dari gerai nasi ayam lain.
Harga boleh tahan, tapi kalau nak dibandingkan dengan gerai nasi ayam biasa, maybe ianya mahal sikit. Nasi Ayam Biasa dalam RM4.50 dan Nasi Ayam Peha dalam RM5.00.
LOKASI
Di kawasan medan selera Taman Melawati. Boleh refer googles map kat bawah.
View cardozas map in a larger map
Posted by cardozas02 at 8:16 PM 0 comments
Labels: Lembah Klang, Makan, Nasi Ayam, Terbaik