Kategori

Bilangan Pengunjung (since 2 Jan 2010)

MyMesra Petronas Card

Tuesday, January 5, 2010

Sesapa yang gunakan PETRONAS sebagai petrol rasmi better apply Kad Mesra. Kad ni FREE je dan yang bestnya dia boleh collect points dan points tu boleh redeem petrol.

Setiap 1 liter petrol yang kita spent kita akan dapat 1 points.
Kalau spent RM1 kat kedai Mesra = 1 points.

Kalau redeem petrol lak 1 points = 1 sen.
Cara nak redeem refer bawah ni:-


Nak redeem barang, ikut arahan kat bawah:-

Senang je.
Semalam aku dah redeem points aku dalam 6500 points, so dapatla isi petrol free RM65.
Points aku banyak sebab tak pernah redeem sebelum ni, ditambah lak points transfer dari real rewards. (sebelum ni Real Rewards ngan Petronas ada buat joint cards)

Detail mengenai kad ni boleh refer website rasmi Mesra Kad kat sini.

Selesa Beach Resort - Port Dickson

Sunday, January 3, 2010

Aku stay kat hotel ni somewhere on bulan June 2009. Aku gunakan cuti.com.my untuk tempah hotel ni. Lokasi hotel ni boleh lah dikatakan senang nak jumpa sebab just tepi jalan. Masa aku stay kat hotel ni, kalau tak silap ada satu organisasi buat "family day" kat situ. So tempat ni jadi a bit pack.

Bagi aku harga hotel ni mahal berbanding dengan kualiti perkhidmatan dan keselesaan bilik. Bilik dan dekorasi hotel memang nampak lama. Kualiti perkhidmatan staff hotel pun tak bagus sangat. Channel TV pun tak berapa bagus. Yang paling teruk ialah extra bed. Tilam untuk "extra bed" hanyalah sekeping tilam yang aku rasakan kontraktor rumah kongsi pun tak sanggup guna. Nipis giler...... memang hampeh. Rasanya harga extra bed ni lagi mahal dari harga tilam. So, aku advise sesapa nak stay kat sini, better jangan request "extra bed". AKu pun tak sanggup nak tdo atas "papan sekeping" tu.

Overall kepuasaan hotel ni hanyalah sederhana (3 bintang drpd 5)

Detail bolehlah rujuk website hotel di sini



Ikan Bakar - Bagan Lalang, Selangor

Saturday, January 2, 2010

Salah satu lokasi terbaik untuk makan ikan bakar yang berhampiran dengan Lembah Klang.

Kawasan ni ada beberapa lagi gerai ikan bakar, tapi yang terbaik ialah HM Sri Bagan. Ianya terletak dihujung jalan. Aku paling suka sotong dan udang goreng tepung. Tepung yang digunakan memang lain dari biasa, crispy. Ikan bakar pun menarik gak. Dia punya pencicah memang best.

Tempat ni kalau weekend memang full house. Better buat reservation dulu kalau korang datang dalam group yang besar, bukan apa takut kecewa saja sebab tak dapat tempat. No telefon boleh tengok kat pict bawah ni. Kalau nak stay kat sini pun ada gak beberapa chalet yang harganya memang berpatutan.



Lokasi boleh refer kat bawah:-


View cardozas map in a larger map

Nasi Ayam Hainan - Taman Melawati KL

Gerai ni merupakan antara gerai Nasi Ayam terbaik yang pernah aku makan. Tauke kedai ni ialah Cina Kelantan, dan memang still pekat dialek kelantan :) Dah hampir 5 tahun aku makan kat kedai ni so far masih lagi merupakan antara Nasi Ayam faveret kami sekeluarga. Tak dinafikan tastenya ada kureng skit compare ngan previous year, tapi still yang terbaik dari gerai nasi ayam lain.

Harga boleh tahan, tapi kalau nak dibandingkan dengan gerai nasi ayam biasa, maybe ianya mahal sikit. Nasi Ayam Biasa dalam RM4.50 dan Nasi Ayam Peha dalam RM5.00.

Nasi Ayam Hainan

Ini ialah ayam untuk hidangan 2 orang.


Cili ni merupakan antara yang "best".


Taugeh antara menu yang patut korang pilih.


Hati + Pedal antara menu pilihan aku.


Alhamdulilah.... Kenyang Dina :)

LOKASI

Di kawasan medan selera Taman Melawati. Boleh refer googles map kat bawah.


View cardozas map in a larger map